Bahaya Elektrik dan beberapa tip untuk dikongsi bersama
kalau buat ubahsuain untuk menjadikan rumah kita selesa, tetapi kita sering mengabaikan keselamatan dari segi elektrikal didalam rumah seharian. Bomba juga menyatakan bahawa antara punca utama kebakaran adalah sisebabkan litar pintas ( http://www.bombatrg.gov.my/module/main/soalanlazim.aspx ). Jadi apa salahnya ntuk kita berkongsi tentang langkah - langkah pencegahan daripada perkara yang tidak diigini ini terjadi.
1. Pastikan semua peralatan elektrik dirumah lulus pemeriksaan kualiti sirim mempunyai sticker sirim.
2. Menggunakkan punca kuasa yang bersesuaian bagi setiap alatan, jika barangan elektrik luar negara mungkin memerlukkan volt yang lebih rendah (ie:110v) berbanding volt dalam negara (240v).
3. Mencabut semua plugtop jika anda tiada dirumah, ini kerana tidak ada kepastian bawaha pendawaian elektrik tersebut telah mematuhi syarat yang sepatutnya, terdapat kes pendawaian yang menyambngkan wayar neutral (tiada arus) dengan pendawaian yang ada arus.
4.Jangan menggunakkan alat penjimat elektrik yang sembarangan, ini kerana alat ini akan merosakkan alatan elektrik anda. (untuk kilang - kilang ini adalah aktiviti yang terlarang boleh dikenakan tindakkan).
5.Elakkan penggunaan plug yang melebihi daripada satu soket kerana ini merbahaya dan boleh mencetuskan litar pintas. Wayar-wayar yang rosak hendaklah ditukar dengan segera.
6.Dapatkan khidmat kontraktor elektrik yang bertauliah bila ingin melakukan pengubahsuaian atau sebagainya. Biasanya kita hanya akan menggunakkan khidmat kontraktor sivil untuk melakukkan kerja elektrikal??
7.pastikan Pemutus arus baki (PAB atau RCD), turut dikenali sebagai pemutus litar arus baki (PLAB atau RCCB) ditukar atau diuji setiap lima tahun sekali oleh pendawai yang bertauliah. Kalau alat ini tidak berfungsi bagaimana hendak memutuskan litar jikar berlaku ketidak stabilan dan sebagainya.
8.Jangan menggunakkan wayar yang sembarangan untuk modifikasi pendawaian, takut wayar tersebut tidak dapat menampung aliran arus elektrik dan menghasilkan haba yang akan menjejaskan penebat wayar tersebut (pembalut wayar tersebut) kemungkinan litar pintas dan kebakaran berlaku.
Sebarkan pada rakan - rakan dan keluarga kita agar insiden buruk tidak terjadi.
aizat akmal b azlan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan