Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut
arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem
pendawaian bagi bangunan di Malaysia.
arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem
pendawaian bagi bangunan di Malaysia.
Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysiasebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan
Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical
Intallations of Building’, MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To
MS IEC 60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of Practice’.
Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian
pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar
pengalir yang sudah berubah.

ISI KANDUNGAN
|
Spesifikasi bekalan elektrik
Menurut Piawaian MS IEC 60038, sistem bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Malaysia
menggunakan bekalan elektrik satufasa AC 230 V (RMS, julat +10%, -6%) 50 Hz; ataupun
tiga fasa AC 400 V (RMS, julat +10%, -6%).
menggunakan bekalan elektrik satufasa AC 230 V (RMS, julat +10%, -6%) 50 Hz; ataupun
tiga fasa AC 400 V (RMS, julat +10%, -6%).
Sistem pendawaian
Pendawaian
elektrik boleh dilakukan sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi.
Pendawaian secara tersembunyi lazimnya dilakukan semasa pembinaan
bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik pada dinding bangunan.
Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah pengguna mungkin
menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku atau
memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun
penyangkut baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut
dengan penebatgetah, tetapi kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah rapuh dan haus mengikut masa.
Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi tujuan pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi kabel dengan luas keratan rentas pengalir kurang daripada 16 mm², hanya pengalir kuprum sahaja yang dibenarkan.
Perlindungan arus
Terdapat
tiga bentuk perlindungan yang disediakan pada unit pengguna dalam
sistem pendawaian elektrik daripada bahaya yang disebabkan oleh arus
elektrik seperti litar pintas,kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus elektrik, iaitu:-
- Suis utama - Pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan
- Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) - Memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi
- Fius elektrik / pemutus litar kecil (MCB) - Memutuskan litar sekiranya berlaku lebihan arus elektrik
Sebagai tambahan, peralatan elektrik yang menggunakan piawaian BS 1363 iaitu melalui plag piawaian 13 ampere turut dilindungi fius 13 A sebagai perlindungan tambahan daripada lebihan arus elektrik.
Pemasangan mata suis dan soket
Kesemua
suis dan soket yang digunakan dalam sistem pendawaian di Malaysia
direka bentuk untuk dimuatkan pada kotak pemasangan piawai berbentuk
segiempat sama, bersaiz 86 mm x 86 mm, seperti yang tertakluk pada
piawaian BS 4662. Terdapat juga kotak pemasangan berkembar bersaiz 143
mm x 86 mm bagi menempatkan dua petak suis atau soket piawai.
Mata soket yang digunakan direkabentuk untuk digunakan oleh plag piawai 13 ampere Jenis G (BS 1363)
serta dilengkapi dengan suis. Terdapat juga peralatan elektrik yang
menggunakan plag 2 pin 2.5 ampere (Jenis C; juga dikenali sebagai
"Europlug") yang boleh dipalamkan ke soket BS 1363 menggunakan penyuai
khas. Bagi peralatan berarus lebih tinggi seperti pendingin udara, biasanya soket 15 ampere Jenis M (BS 546) digunakan.
Pembumian (Rencana utama: Pembumian elektrik)
Pendawaian elektrik mestilah dibumikan b
agi menyediakan perlindungan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat
kebocoran arus elektrik ke bumi dengan menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi.
Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa arus, seperti pembuluh logam),
rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan elektrik (terutamanya
yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas) adalah antara komponen yang
wajib dibumikan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan